Selasa, 11 Disember 2012

~ Alhamdulillah hari ni hari selasa... bermakana dah lebih seminggu aku jalani proses untuk menurunkan berat badan. Agak berdebar bila naik penimbang tadi. Macam tak sangka... rupanya usahaku yang kecil tu membuahkan hasil. Walaupun cuma 1kg jer dah cukup membahagiakan aku. Bermakna minggu ni dan minggu-minggu seterusnya aku kena lebih banyak buat latihan jasmani. Aku sebenarnya nak sangat berjaya menurunkan berat badan.~
~ Target aku sebenarnya mahu menurunkan 10kg. Buat masa terdekat ni... apa yang perlu diteruskan ialah minum air kosong 2 botol 1 hari, kerana sebelum ni aku cuma minum 1 botol jer sehari dan lagi banyak yang perlu digandakan. Mudah-mudahan akan ada lagi penurunan di minggu akan datang. Aduhai tak sabarnya nak tengok hasilnya. Ya Allah... berilah kejayaan padaku. Aminn..




1 ulasan:

  1. yes... ni baru permulaan yang baik buatku. Semangatku berkobar-kobar.. huh! semangatnya, namun ianya bukan mudah.. perlu banyak lagi untuk aku lakukan. :)

    BalasPadam