~ Hari ni hantar puteriku Balqis memasuki asrama. Alhamdulillah... tak payah bayar satu sen pun kerana puteriku ada kelebihan iaitu semuanya dibayar menggunakan biasiswa. Lapang rasanya..~
~ Dalam perjalanan pulang singgah di PasarayaKu, belilah 2 helai baju t, abang pula sepasang baju. Singgah kat kedai baja lepas tu, tapi tutup pulak. Dalam perjalanan pulang itulah abang teringat nak pergi Teluk Intan mencari plastik kerepek. Aku ikut saja... dalam pada tu teringat masa di PasarayaKu tadi masih ramai yang masih membeli pakaian sekolah, sedangkan esok dah nak mula buka sekolah. Inilah tabiat orang Malaysia suka sangat membuat persediaan di saat-saat akhir.~
~ Rupanya di Teluk Intan juga sama, rata-ratanya masih membeli pakaian sekolah. Ada yang sedang memcuba kasutlah, membelek baju dan kain sekolah. Aku cuma memandang dan melihat fenomena yang sama di mana-mana. Alhamdulillah anak-anakku semuanya sudah siap pakaian sekolahnya. ~
~ Akhirnya kami pulang begitu sahaja kerana kedai yang kami pergi itu tutup, alamak lupalah pulak yang hari ni 1 hb Jan 2013, banyak kedai yang tutup. Apa apapun aku seronok tengok dijalanan bunga-bunga kertas sedang mekar. Warna-warninya sangat mempesonakan aku. Bagai melihat pahlawan perkasa yang setia berdiri di samping rumah dan bangunan. Diam-diam aku memuji kebesaran Tuhan kerana menghidangkan aku satu senario yang indah dimataku.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan