Selasa, 18 Disember 2012

       Hari ini sahaja ada keluhan yang terbit dari bibirku. Seakan ada rasa terkilan. Entah mengapa susah rasanya hendak kupujuk hati yang tidak keruan. Adakah aku yang bersalah membiarkan semua itu terjadi padaku.
       Wanita didepanku itu merayu-rayu dengan suara yang sungguh sedih. Sambil itu dia menyebut-nyebut tentang kisah hidupnya, tentang suaminya yang sampai sekarang masih belum membeli pakaian dan buku sekolah anaknya. Atas semua sebab itu dia mahu membeli pokok yang paling aku sayang itu dengan separuh harga dari yang telah kutawarkan tadi. Aku terkesima ... kekadang malas nak kulayan karenah pelanggan yang pelbagai ragam. Dia terus merayu dan merayu. Dia minta aku kasihankan dia yang sedang mengandung itu. Aduh!!... sukarnya nak kupertahankan harga pokok bungaku.
       Biarpun aku sudah turunkan harganya dia masih berkeras, akhirnya aku kalah lagi, kerana dalam situasi ini seperti dia yang mengawal keadaan. Aku tidak tahu apa yang terjadi sebenarnya bila aku menurut sahaja arahannya untuk menerima sejumlah wang yang diletakkan atas tapak tanganku. Sesudah itu dia mengarahkan aku memasukkan  pokok tersebut ke dalam keretanya yang berwarna putih itu. Aku melakukannya dengan sedikit terpaksa. Namun jauh disudut hati aku sebenarnya redha sajalah, ia menyedarkan aku bahawa berbagai kemungkinan bakal terjadi tanpa diduga. Aku tewas lagi kali ini. Walaupun rasa bayaran itu tidak setimpal dengan apa yang telah aku buat untuk pokok bunga kesayangnku aku mula menyedari yang hasil tanganku amat bernilai dan dihargai. Alhamdulillah.
     

1 ulasan:

  1. Aku ni bukannya kejam sangat... selalunya bunga-bunga yang kujual semuanya murah jer harganya jika dibandingkan dengan tempat lain.
    Sampai ada pelanggan yang melompat... menjerit hesteria sebab bunga-bunga yang kujual amat murah....
    Adatlah... yang membeli mesti nak murah,,, aku taklah berkira sangat asal ada untung sikit jalan... tapi pelanggan yang satu ni lain sikit siap buat muka sedeh lagi... aku apa lagi kesian habislah... emmmm ...

    BalasPadam